Lidah
sebagai alat berbicara umpama senjata bermata dua. Lidah dapat digunakan dalam
ketaatan kepada Allah SWT dan juga ketaatan kepada syaitan. Disebabkan
kata-kata, seseorang jadi mulia di sisi Allah, tetapi disebabkan kata-kata juga
boleh mendapat celaka.
Umumnya, terdapat dua bencana yang ada pada lidah
iaitu menyebabkan kerosakan daripada berbicara batil dan mendiamkan diri
daripada menyatakan kebenaran sedangkan ia perlu diucapkan demi kepentingan
semua.
Orang yang berbicara dengan kebatilan, dia adalah syaitan yang melakukan maksiat kepada Allah SWT. Orang yang diam daripada kebenaran pula adalah syaitan yang bisu dan dia juga bermaksiat kepada Allah SWT.
Orang yang beruntung adalah yang menahan lidahnya daripada kebatilan dan menggunakannya untuk perkara bermanfaat.

Anehnya, seseorang itu mudah menjaga diri daripada
makanan yang haram, berbuat zalim kepada orang lain, berzina, mencuri, minum
arak, melihat wanita tidak halal dilihat, tetapi sukar untuk mengawal lidah
daripada membicarakan perkara sia-sia.
Terkadang kita lihat seseorang yang dikenali kerana agamanya, zuhudnya dan ibadahnya, namun masih mengucapkan kalimat yang menyebabkan kemurkaan Allah. Dia tidak memerhatikan perkataan yang keluar daripada mulutnya.
Satu kalimat saja boleh menyebabkan seseorang tersungkur dalam neraka selama 70 tahun seperti sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya ada seseorang yang berbicara dengan satu kalimat, dan dia tidak menganggapnya berbahaya, Dengan sebab satu kalimat itu dia terjerumus selama 70 tahun di dalam neraka.” (Riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah, Ahmad dan Ibnu Hibban)
Banyak sekali orang yang menjaga diri daripada perbuatan keji dan maksiat, namun dengan lidahnya mencabul kehormatan orang yang masih hidup atau sudah meninggal.
Rasulullah SAW khuatir terhadap umatnya. Sufyan bin Abdulloh Ats-Tsaqofi berkata: “Aku berkata, wahai Rasulullah, katakan kepadaku dengan satu perkara yang aku akan berpegang dengannya! Baginda SAW bersabda: Katakanlah, Rabbku adalah Allah, lalu istiqamahlah. Aku berkata: Wahai Rasulullah, apakah yang paling anda khawatirkan atasku? Baginda memegang lidah baginda sendiri, lalu bersabda: Ini.” (Riwayat Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Menyedari hakikat ini, maka awasilah pertuturan dan percakapan kita pada setiap masa dan waktu. Jagalah lidah dan berkata yang baik saja. Kita akan dapat mengalahkan syaitan serta menjadi manusia yang senang di dunia dan bahagia di akhirat.

No comments:
Post a Comment