Wednesday 30 March 2016

Kegunaan tawas rawat air berbau, keruh

Tawas merupakan sejenis garam berbentuk batu bening atau menyerupai kristal. Tawas asal dalam bentu ketulan batu. Namun, di pasaran ada dijual dalam bentuk ketul dan serbuk atau bubuk.

KEGUNAAN TAWAS:
- Antibakteria.
- Menghilangkan bau ketiak.
- Mencerah kembali warna hitam ketiak.
- Boleh juga digunakan pada bahagian badan lain.
- Membersih luka kecil atau calar (sedikit rasa pedih).
- Merawat masalah ruam dan kegatalan kulit.
- Menghilangkan rasa tidak selesa selepas bercukur.
- Bebas bahan kimia dan selamat dari kesan sampingan.
- Menghilangkan bau air yang tidak menyenangkan.
- Mengatasi masalah air keruh.
- Guna untuk campuran bahan pengawet makanan dan sayuran.
- Dimasukkan sedikit di dalam kuah untuk elak cepat basi. 

 CARA GUNA TAWAS:

 Cara pertama (guna tawas bentuk batu):
- Basahkan ketiak atau bahagian yang ingin 'dirawat'.
- Sapu atau sentuhkan batu tawas di bahagian berkenaan.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap.  

Cara kedua (guna tawas bentuk serbuk):
- Ambil sedikit serbuk tawas.
- Kemudian dicampurkan dengan air.
- Gunakan air campuran itu untuk disapu di bahagian berkenaan.
- Boleh juga menggunakan penyembur air atau bekas spray.
- Biarkan kering dengan sendiri tanpa dilap. 

Cara ketiga (guna tawas bentuk serbuk - cara guna seperti bedak)
- Ambil sedikit tawas dan terus dilumur atau disapu pada bahagian berkenaan.

Cara keempat (untuk rawat air).
- Kuantiti penggunaan tawas bergantung kepada keadaan air yang ingin dirawat dan kuantiti air itu sendiri.
- Untuk langkah awal atau 'percubaan', sudah memadai kuantiti tawas digunakan dalam anggaran 200 gram sahaja untuk dimasukkan di dalam telaga yang berbau atau keruh.
- Biarkan kira-kira tiga jam. Tawas akan 'mengikat' kumin-kumin kotoran dan bau dan akan mendap di dasar.
- Jika keadaan air masih keruh atau berbau, tambah lagi kuantiti tawas. Dan biarkan tiga jam jam lagi.
- Proses yang sama dilakukan sehingga air benar-benar jernih atau tidak berbau. 

Dapatkan tawas secara dalam talian. 
Mudah cepat murah. 
Klik palutan di bawah. 


Tawas hancur untuk digunakan rawat air dalam keadaan hancur supaya mudah larut dan cepat memberi kesan. Lebih mudah digunakan, terutama jika ingin digunakan dalam kuantiti kecil.



Tawas ketul sesuai untuk penjagaan badan. Mudah dipegang dan senang disimpan. Mudah dibawa ke mana-mana. 



Tawas serbuk kasar. mudah larut dan lebih cepat berfungsi. Lebih mudah untuk digunakan. Keadaan fizikalnya lebih kurang macam garam mesim. 



Tawas serbuk halus. Mudah larut dan lebih cepat berkesan. Keadaan seperti gandum.

No comments:

Post a Comment