Jiwa
kanak-kanak mudah tersentuh atau terluka.
Maka itu sebarang proses pendidikan perlu dilakukandengan lembut tetapi
tegas. Ini kerana kanak-kanak sekarang
lebih terdedah kepada elemen kasih sayang dan lembut, terutama apabila mereka
sendiri melihat di kalangan rakan sebaya dan rancangan di televisyen.
Hubungan
kanak-kanak kini terbuka dan melibatkan lingkungan yang lebih meluas. Jika dulu, kanak-kanak hanya berkawan dengan
rakan sebaya yang tinggal berjiran atau satu kampung. Tetapi sekarang, mereka berhubung dengan
rakan sebaya dari kawasan lain apabila belajar di tadika atau sekolah yang jauh
dari rumah masing-masing.
Begitu
juga mereka berpeluang berkenalan dengan rakan sebaya yang merupakan anak
kepada rakan ibu bapa mereka. Kemudahan
pengangkutan memungkinkan kanak-kanak mengenali dan berkawan denan rakan yang
tinggal berpuluh atau mungkin beratus kilometer dari rumah mereka. Bahkan
mereka kini berhubung melalui alam maya dengan adanya kemudahan internet.
Hasil
pergaulan itu, mereka akan melihat apa yang dialami oleh kawan-kawan
mereka. Yang biasa dilihat adalah elemen
kasih sayang dan suasana mengembirakan.
Bayangkan,
jika nasib mereka dididik sebaliknya.
Ketegasan memang diperlukan dalam mendidik kanak-kanak, tetapi bukan
denan kekerasan. Mereka akan memberontak
jika berasa nasib mereka tidak seperti rakan-rakan lain.
Akibat
pemberontkan perasaan itulah, mereka akan melakukan perbuatan yang bertentagan
dengan apa yang sepatutnya. Jangan
terkejut, jika ada kanak-kanak sudah pandai mengadu dan melaporkan kepada pihak
lain tentang layanan yang diterima daripada ibu bapa atau penjaga mereka.
Manusia
suka kepada pengitirfan, pujian dan kata-kata semangat terhadap apa yang akan,
sedang dan telah dilakukan. Maka, kita perlu
lakukan perkara ini dalam pendekatan dakwah.
Pengiktirafan itu diharapkan menjadi motivisi untuk orang berkenaan
terus melakukan perkara baik itu dan berusaha untuk meningkatkan lagi apa yang
telah dicapai itu.
Kaedah
itu telah dilakukan oleh Rasulullah SAW apabila sentiasa memuji, mengiktiraf
atau memberi galakan kepada sahabat untuk melakukan kebaikan. Dengan kelebihan yang dimiliki, Baginda bukan
saja memuji, tetapi juga menjelaskan
siapa yang telah dijamin oleh Allah SWT untuk memasuki syurga, dan begitu juga
neraka.
Penjelasan
siapa bakal masuk syurga telah menjadi motivasi kepada para sahabat untuk
meningkatkan kebaikan agar mereka juga bakal mendapat jaminan itu.
Jadi,
hal atau pendekatan yang sama boleh dilakukan dalam dakwah dan pendidikan
terhdap kanak-kanak.
Kanak-kanak
memang suka kepada pujian dan dorongan yang diterima. Mereka akan secara ikhlas atau yakin kepada
pujian itu akan berasa bangga dan akan tersemat di hati mereka untuk terus
melakukan kebaikan.
Begitu
juga, bagi kanak-kanak yang tidak dipuji, tetapi melihat rakan sebaya yang lain
dipuji dan diiktiraf baik atau berjaya, akan mendorong mereka bercita-cita
ingin turut menperoleh apa yang telah dicapai oleh rakannya itu.
Maka
itu, kita jangan kedekut atau berat mulut untuk memuji dan memberi
pengiktirafan keapda kebaikan ayng telah dilakukan oleh kanak-kanak. Jadikan ia sebagai sebahagian pendekatan
dakwahterhada[p kanak-kanak.
Kanak-kanak
biasanya menunjukkan rasa kagum kepada
ibu bapa dan orang dewasa. Apa juga yang
dilakukan oleh orang dewasa akan cuba diikuti dan dilakukan oleh
kanak-kanak. Sifat semulajadi itu perlu
dimanfaatkan untuk tujuan dakwah dan pendidikan.
Ibu
bapa sebagai pendakwah dan pendidik, kita perlu menampilkan tingkahlaku dan amalan
yang baik untuk dicontohi oleh kanak-kanak.
Perkara ini perlu diberi perhatian kerana antara punca kegagalan dalam
proses dakwah dan mendidik ialah apabila pendakwah gagal mennjukkan contoh yang
baik.
Jadi,
apa saja perbuatan mesti dilakukan sesuai dengan nilai baik yang diperkatakan.
Kita tidak mahu seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul. Kanak-kanak akan bangga dan kagum dengan
orang yang memperkatakan nilai baik dan mengamalkannya. Apabila timbul rasa kagum kanak-kanak atau
menjadikan sebagai idola, mudahlah untuk proses mendidik seterusnya dilakukan.
Sebab
itu, kita dapati kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan perbuatan watak adiwira
filem dan kartun yang mereka minati.
No comments:
Post a Comment